Langkau ke kandungan utama
Petikan dari facebook liyana syayana tadi Kisah yang ingin aku ceritakan sangat sangat membuka hati dan nurani aku sebagai seorang anak. Sebelum itu,maaf seandainya cerita ini agak panjang atau terdapat kekurangan. Petang jam 7.30 semalam aku bergegas ke unit kecemasan sebuah hospital kerajaan. Aku mendapat berita ibu aku dikejarkan ke hospital kerana pitam dibilik air.Tetapi alhamdulillah mak aku dalam keadaan stabil. Sementara aku menunggu di ruangan menunggu,aku lihat ramai doktor sedang sibuk melayan pesakit. Ada yang athma,accident,kena pukul dan macam macam lagi. Aku perhatikan dengan rasa kasihan. Tidak lama kemudian,aku ternampak 2 kelibat perempuan. Riak wajahnya agak sugul dan cemas. Seorang makcik lingungan 60 an bersama anak perempuannya dalam 20 an. Makcik tu kemudiannya bertanyakan sesuatu kepada nurse yang dikaunter. Kemudian kedua dua mereka duduk dihadapan aku. Aku hanya diamkan diri dan melayan wasap group sambil tunggu mak aku siap dirawat. Dalam 10 minit kemudian nurse di dalam kaunter membuat announcement menggunakan mic "Waris kepada xxxx binti xxxx sila masuk " semua yang ada disitu terpandang pandang mencari siapa pewaris kepada si pesakit. Sepantas kilat makcik depan aku cuba untuk bangun tetapi anak perempuannya cepat cepat menarik tangan ibunya. "Mak... kita jangan masuk ya mak?. Nanti dia marah mak lagi... " sayu sayu aku dengar gadis tu memujuk ibunya. "Tapi dek,mak tak sampai hati nak.." "Mak. Mak ingat tak dia cakap jangan cari dia walau apa pon jadi?. Mak ingat tak dia tak mengaku mak ni mak dia?. Mak jangan masuk ya mak? Kita ni orang kampung. Nanti dia malu." Ujar gadis tu panjang lebar sambil menitiskan aur mata. Perlahan lahan gadis itu memimpin tangan ibunya untuk melangkah pergi. Sayy hati aku mendengar perbualan anak beranak itu. Tak lama kemudia azan maghreb pon berkumandang dan selepas itu doktor memanggil aku masuk ke dalam. Cemas juga hati aku ketika itu. Bimbang keadaan mak aku di dalam. Bila aku masuk,rupa rupanya mak aku mahu memesan minuman sementara dia dirawat. Tanpa berlengah ,aku pun mahu keluar semula untuk membeli minuman. Tak semana mena aku perasan 2 katil bersebelahan mak aku,aku nampak seorang gadis dalam keadaan kritikal sedang diberi bantuan oleh doktor dan nurse. Aku dan pesakit pesakit lain perhatikan keadaan gadis tu. Boleh dikatakan 50 -50. Terdapat seorang lelaki disebelahnya membisikkan sesuatu ditelinga gadis tersebut namun gadis itu tak mampu berkata apa. Sekali lagi aku lihat lelaki itu membisikkan sesuatu,rupa rupanya lelaki tersebut sedang mengajar gadis tu mengucap. Aku yakin gadis itulah yang dimaksudkan makcik yang duduk dihadapanku tadi,kerana namanya sama seperti nama yang di panggil dikaunter. "MAAAAKKKK!!" Dan terhentilah nafas si gadis tu tanpa sempat mengucap dua kalimah syahadah. Setelah itu doktor yang membantunya tadi tertunduk layu. Perlahan lahan gas oksigen dan wayar wayar ditubuh si arwah dicabut. Aku yang sebak terus berlalu keluar. Aku menangis sambil berjalan. Aku terus ke toilet bagi menenangkan diri dan terus membeli minuman untuk mak aku. Peristiwa ini mengajar aku untuk tahu betapa susahnya ajal menjemput kita. Betapa pentingnya redha ibu dalam hidup kita. Kepada pembaca,fahamilah cerita ini. Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa kita. Apatahlagi idak mengaku itu adalah ibu kita. Subhanallah besar sungguh dosa jika menderhaka kepada ibu,!. Jadi sedara,fahamilah cerita tadi. Semoga boleh dijadikan teladan untuk kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pernahkah anda berpisah dengan ibu kandung anda sedari umur 9 bulan? Situasi ini berlaku kat suami saya.Dia berpisah ngan ibunya sejak dia berumur 9 bulan lagi.Dek kerana penceraian ibu bapanya,hak penjagaan jatuh ke atas ayahnya.Lagipun ayah mertua ada pekerjaan tetap (askar ketika itu).Ibu kandungnya pula tidak bekerja. Apa yang saya tahu ibu kandungnya pernah menjejaknya tapi ibu tiri suamiku dapat melarikan diri.Rentetan cerita itu maka jadilah suami saya seorang anak tiri. Oklah nak dijadikan cerita saya yang over mencari ibu kandungnya.Saya pasti ibunya masih hidup cuma tidak tahu dia ada kat mana.Cari punya cari kat facebook,jumpala satu page ipoh.Mula la pencarian saya di situ.post saya mengenai jejak kasih ibu kandung suami itu mendapat respon yang positif.. Selama ini ibu kandungnya tiada fb.Adik ibu kandung mak yang terbaca post tersebut lalu cepat2 request add kat saya.. alhamdulillah saya dapat mempertemukan suami dengan ibu kandungnya.Sedih memang sedih ketika itu. Ibunya